Kisah Seram : Di Balik Tingkap nako


Namaku Nur dan aku dibesar kan di perlis. Aku merupakan anak ke3 dari 5beradik. Kejadian ini berlaku pada tahun 1992 dimana masa itu aku hanya berumur 5tahun, adik perempuan ku 4tahun, kakakku 7tahun dan abgku 9tahun, dan aku juga mempunyai seorang adik lelaki yang baru lahir ketika itu.
Abang aku dibesarkan dirumah nenek, manakala kami berempat dibesarkan dirumah Mak dan abah. Aku bersama adik perempuan dan kakakku selalu bersama, main bersama, bergaduh pun bersama juga. Kadang² kalau diingatkan kembali zaman kanak2 tahun 90an memang seronok,tak macam budak zaman sekarang yang boleh dikatakan 24jam denga gadjet saja. Keluargaku tinggal di rumah taman RPA di salah satu kawasan diPerlis. Rumah taman pada masa tu boleh dikatakan sangat menyeramkan juga sebab rumah kami merupakan rumah yg paling hujung dan bersebelahan hutan. Berdekatan hutan tu juga ada sebuah busut yang agak tinggi juga, yang mana masa tu aku panggil bukit jin. Nak tahu kenapa aku panggil bukit jin? Ia kerana bentuk busut tu sendiri mempunyai 2 lubang seperti mata dan ada akar pokok yang terkeluar sikit sehingga ternampak seakan2 tanduk di tengah antara dua lubang itu. Masa kecik mana la aku tahu yang itu adalah busut, tapi bila mak aku jerit panggil 'Nur kau pergi mana mak panggil tak sahut'. Aku selalu akan cakap 'Nur, kakak dengan achik main kat bukit jin'.  Jadi mak aku dah tahu lah kat mana kami adik beradik selalu bermain bersama rakan2 yang lainnya.
Aku dengan kakak dan adikku juga jenis yang suka bergaduh. Bila kami bergaduh saja mak aku pasti akan meletakan salah seorg antara kami diluar rumah. Orang yang selalu kena letak diluar rumah adalah orang yang mula² start pergaduhan dulu, itulah cara mak aku ajar kami dulu. Disebabkan aku selalu kena letak luar sorang2 tiap kali bergaduh, aku dah jadi biasa dan langsung tak takut.
Ada 1 malam tu aku duduk dengan abah aku dimeja makan dekat dengan tingkap nako,biasa la orang dulu selalu buka tingkap malam2, sebab dulu tidur dalam kelambu. Berbalik kepada cerita tadi,  semasa aku bermain2 dekat tingkap, aku terpandang dan tenung dengan begitu lama dekat jalan tu, dan tiba2 muncul macam chipsmall sesosok tubuh dengan rambut yang panjang mengurai dan wajahnya tak perlu la diperkatakan lagi, sama saja seperti menonton filem² seram.
Kadang² aku rasa pelik juga bila aku baca komen netizen skrg di media social kata hantu mana berjalan dan sebagainya sebab aku masih ingat dengan jelas walaupun perkara tu dah berlalu hampir 28tahun, tetapi masih segar diingatanku seolah2 perkara tu terjadi semalam saja. Berbalik kepada cerituku semula, benda tu muncul dan berjalan kearah ku. Diulangi semula berjalan kearahku. Aku jadi kaku dan hanya memandang sahaja benda itu datang dekat denganku, dan 'dia' juga menarik2 tanganku. Aku tak dapat untuk memberitahu abahku yang berada hanya disebelahku saja, bermacam2 bermain difikiranku ketika itu, Aku takut kalau aku bagitahu abahku nanti mungkin abahku akan terkejut lalu mati itu la apa yang aku fikirkan masa tu ketika umurku hanya 5tahun. Jadi aku terus kaku diam dan hanya melihat 'dia' menarik tanganku sambil aku menarik semula tanganku. Senang kata kami lawan tarik menarik la. Sehinggalah benda tu berhenti menarik tangan ku, lalu 'dia' pun berjalan (diulang sekali lagi ya, dia berjalan)  ketepi kereta abahku dan terus hilang.
Selepas itu tidak berapa lama, keluarga Paksu ku dari johor sampai dirumahku. Abah dan emak menyambut kedatangan Paksu sekerluarga. Aku pula, tunggu masa untuk bermain dengan sepupu dan sambil2 tu aku keluar ke kereta dan pergi kearah kereta untuk melihat samada benda tu masih bersembunyi disebelah kereta atau pun tidak, sebaik saja aku ke kereta aku lihat 'dia' sudah tiada disitu. Aku sendiri pun tak tahu kenapa malam tu aku berani sangat, tidak sehingga keesokannya, apabila aku teringat kembali peristiwa malam tu, aku dah mula takut untuk duduk dan bermain ditingkap lagi. Sehinggakan setiap malam pasti aku akan mendesak,merengek dekat emak untuk tutup tingkap, kalau emak aku tidak mahu tutup aku pasti akan menangis sehingga la emakku bingkas bangun dan terus menutup tingkap, mungkin juga emak aku dah boleh agak rasanya kenapa aku jadi macam tu hampir setiap malam. Ye la, sebelum ni aku la yang selalu happy bila tingkap tu buka sebab boleh la aku duduk dekat meja makan sambil bermain dekat dengan tingkap, bila dah kena kacau sekali memang nak pergi dekat tingkap pun rasa seram sejuk.
Dan semenjak dari itu juga, kalau kami adik beradik bergaduh, emak dah tak letak kami kat luar rumah lagi, tp emak aku akan rotan dekat tapak kaki.


Comments